Thursday, May 31, 2012

HUTAN? Halloww..


Assalamualaikum evlybardy :p

Seperti yang sedia maklum, NTB2 dah pon sampai ke zon Pertengahan. syukur aku still lagi bergelar peserta awesome dalam segmen itu :) wa dapat no 6 woii daripada 12 peserta yang tinggal. *lagaknya macam kau ni juara Mentor pulak kann -..-


So, macam biasa tiap-tiap minggu ktrg HARUS melaksanakan tugasan Imuniti seperti yang telah diarahkan oleh Tuan Pengarah untuk menempah tiket ke peringkat seterusnya (demam EURO 2012). Kali ni Tuan Pengarah nak aku jawab soalan-soalan yang sangat mencabar otak-otak kempas aku untuk berfikir dengan ekstremnya. mana tak ekstrem weii, pasal HUTAN T__T. Kalah soalan ess-pii-eymm tau dimana aku hanya dapat A- for BM. pelik bonar ni sedangkan dekat rumah aku cakap Melayu kot bukan Jawa --> tiada kaitan!


K untuk tidak melenguhkan lagi mata korang semua yang baca ayat69 aku tuu, kita teruskan dengan soalan-soalan yang berbunyi keropokmorni~:


Anda sekarang berada betul-betul di tengah hutan. Apa yang anda lakukan jika..


1) Bekalan minuman dan makanan anda telah habis

Aiseyyy man ini kes serius! almaklum laa makanan dan minuman ni bagaikan nyawa dan permata bagi aku. hilang 'mereka', maka binasalah perutku -__- kalau lah minuman dah habis aku akan bersabar dengan hanya minum 'air liur' untuk hilangkan dahaga (ye ke boleh hilang dahaga?) lepas tuu pandai-pandai laa aku nak cari sungai berdekatan untuk melepaskan nafsu haus aku kat sungai tuu nanti. ehh tapi kat tengah hutan ada sungai ke? (konon-konon ada laa)

nak cari makanan rasanya tak susah sangat. kalau dalam darurat, biawak pon aku sanggup makang (ermmm lazatnyaa :3). bila lagi nak rasa daging biawak kann? hewhew kalau biawak main hide&seek dengan aku, maka terpaksalah aku makan daun-daun hijau yang segar bugar kat dalam hutan tuu. alaa bayangkan jelah yang daun hijau tu salad, kenyang jugak nanti. bab makan ni aku tak banyak songeh sangat. bedal je selagi rezeki depan mata ^.^


2) Khemah anda telah rosak dan tak dapat dipasang semula

Aiyooo khemah kenapalah kau tak pilih nak rosak time lain. hishhhh! disebabkan khemah aku dah rosak seribu, terpaksalah aku berteduh bawah pokok kelapa. 'underneath pokok kelapak, i will wait for you' *Adui Marsha time ni laa nak nyanyi. ehhh gilo ke apo nak berteduh bawah pokok kelapa. memang besok pagi tengok-tengok kepala kau pon dah macam pokok kelapa laa kan. benjol sini sana!

tak jadi laa berteduh bawah pokok kelapa. paling tak pon aku akan buat khemah sendiri guna daun pisang. Fuyooo baru lah ada feeling-feeling Hindustani heyy ;D


3) Kompas dan peta anda hilang

kompas hilang? ohh rasanya kalau kompas tu tak hilang pon aku bukannya tahu nak guna *dasar otak udang! jadi, untuk memudahkan perjalanan, aku akan cari sungai yang berdekatan (sungai lagiii kau ni) dan berjalan mengikut arus sungai tu. paling tak pon aku jumpa air terjun jugak nanti. *drama Melayu sangattt



perghh berharap jela dapat jumpa air terjun ni dalam hutan :P


4) Lighter dan mancis habis, lampu picit tiada bateri

aku pernah belajar kat sekolah kalau takde bahan api carilah batu dengan daun kering. rasanya orang yang tak belajar kat sekolah pon tahu nak nyalakan api guna batu. tapi masa aku practise kat sekolah untuk nyalakan api hasilnya mesti FAILED. kat sekolah pon tak boleh buat, apa lagi dalam hutan. maknanya terpaksalah aku berjalan bertemankan kelip-kelip dan bulan di awan. hoho


5) Terdengar bunyi-bunyi yang pelik

Nenek pesan (haa mai dah Nenek dia) kalau dengar bunyi bunyian yang aneh bin pelik jangan ditegur. takut nanti kau bertegur pulak dengan 'orang lain'! kalau laa 'orang lain' tuu nak berkawan dengan kau kan susahh. bertambah kenalan laa gamaknya Hihii.


6) Anda tersesat bersendirian

Wowww ini satu cabaran! dah laa sesat dalam hutan, sorang-sorang pulak tuu. memang patah seribu laa lutut aku bervibrate. jadi, aku akan cari tempat yang paling selamat untuk berteduh. tunggu je kat situ dan tidak berganjak! kalau laa aku cari jalan keluar sendiri rasanya makin sesat laa aku kat dalam hutan tuu. 



konon-konon tersesat kat sini!


jalan terbaik ialah tunggu sampai tarzan renjer hutan selamatkan aku. alaa macam dalam cerita Melayu tuu. mesti ada punya bantuan penyelamat yang akan selamatkan korang. *pentingnya untuk kita berharap. haha bertawakal kepada yang Esa supaya akhirnya nanti semuanya akan selamat :)



K cukup-cukup sudah! rasa macam tulis buku cerita kanak-kanak ribena pulak (ahh kau ni macam-macam! tadi awal-awal cakap macam nak jawab soalan ess-pii-eymm) ehh nak tanya ni, korang pernah sesat dalam hutan?





orang kenal aku sebab GG,
jumpa lagi next entry :)

Wednesday, May 30, 2012

#13 Wordless Wednesday - Seaweed paling HOT!


Assalamualaikum evlybardy :)



guarantee rangup, sedap & berasapppp! apa tunggu lagi, pergi beli sekarang :D




orang kenal aku sebab GG,
jumpa lagi next entry :)

Tuesday, May 29, 2012

cuci mata makan angin di JPO


Assalamualaikum evlybardy :D




Sabtu lepas aku pergi JPO! gembira hati bukan kepalang, tidur malam terbayang-bayang Hihik. almaklum laa orang hutan first time masuk bandar macam ni laa jadinya. eksaited sangatt! walaupun rumah aku dengan JPO ni hanya sekangkang Incredible Hulk je jauhnya tapi ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki ke JPO. *cewahh ayat macam baru jejak kaki ke U.



sebenarnya aku pergi sana pon nak amek akak sedara aku yang datang dari Pahang. dia tunggu dekat JPO je, senang sikit Abah nak amek diorang. alang-alang dah sampai sana, biarlah sampai bershopping sakan. hwahwa merasa jugak aku pergi JPO. kalau tak jangan harap lah Abah nak bawak aku pergi sana. anti betol dia dengan JPO ni. apa sejarah ntah! haha nasib baik ada akak sedara aku. Love U more la, Kak Long :D



askar-askarku :) sorang lagi askar tak join sebab ada pertandingan silat.



hishh belum apa apa lagi dah meroyan snap sini sana. maloo je!


ohhh mungkin ada yang masih tak tahu JPO tuu apa. JPO stand for Johor Premium Outlet. alaa JPO laa, tempat yang jual barang-barang baranded tuu. 



'ahh kaw belagak sungguh dapat pegi tempat jual barang-barang berjenama, mahal-mahal gitu' 



barang mahal? oke let me tell you something. actually dekat JPO laa kita dapat beli barang-barang yang berjenama dengan harga yang murah dan berpatutan. korang just keluar duit ciput pon dah boleh dapat PADINI. HOHOHO PADINI dalam tangan wa cakap luu :P oke laa tuu kan!



memang JPO tuu tempat untuk photoshoot gamaknya -___-



terjumpa retiss pulak kat sana, Feeqa Ahn :') alang2 dah jumpa terpaksalah girlfriend aku ni jadi tukang guide. hee


kawan aku ni selalu sangat pergi sana cuci mata Hihii. masak bebenor dia dengan tempat tuu. bak kata kawan aku, barang-barang kat JPO ni kebanyakannya barang lama sebab tuu laa murah. *ehh pandai je kawan aku tuu. haha tapi barang-barang lama pon still nampak HOT fm tau :) 



ehh bila aku dah cakap murah ni korang jangan salah paham pulak yee. kang ada pulak yang ingat murah tu macam BUY 1, FREE 10. ohh tidak tidak! jangan sesekali berfikiran begitu. harga biasanya ikut kedai (kedai kat sana depends on brand) ada certain kedai yang jual murah dan ada jugak yang letak harga tinggi mengalahkan KLCC. tersembul biji mata yang rabun ni tengok harga yang mahal gilos tu. apa dia ingat kita ni kaya macam Datuk K ke. pirahhhh! *tetiba 



tengok tuu SALE sini sana dah macam night market pulak. sayasuka maaa ^^


kalau dah shopping dekat JPO ni memang rambang mata la gamaknya. bukan setakat rambang mata, duit pon rambang jugak. (duit rambang?) habis melayang layang ke udara bagaikan layang-layang! mana taknya macam-macam jenama ada kat situ. NIKE ado, ARMANI, GAPCK & macam-macam lagi jenama yang seangkatan dengannya :3 



SALE jangan cakap la, hari-hari ada! 15%, 50%, 75% pon ado. nak tarik pelanggan la katakan. aku ni antara orang yang senang sangat tertarik dengan benda-benda ni semua. bagaikan magnet kutub utara kutub selatan cepat je aku melangkah ke kedai yang penuh dengan salepandai diorang business!




lama jugak laa aku cuci mata kat sana. dari pukul 4 - 6 ptg! lama kemain tapi tak sempat pon nak tawaf satu JPO tuu. balik-balik pergi kedai yang sama, balik-balik busy cari makanan -__- apa daaa, orang pergi sana shopping tapi hang pergi cari makanan. perutku lebih penting dari segala galanya kerana dirimu begitu berharga :) apa saja laa Labuuu!





Pesan Nenek - kalau nak shopping tu biarlah setakat yang mampu je. jangan ikut sangat peribahasa 'biar papa, asal bergaya'. sedar kedudukan kita sebelum buat sesuatu perkara :')




orang kenal aku sebab GG,
jumpa lagi next entry :)